Ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang telah pun bermula sejak semalam, pengangkutan-pengangkutan awam kini boleh beroperasi kapasiti penuh.
Dalam sidang media sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan yang beberapa pengangkutan awam kini dibenarkan beropesasi kapasiti penuh.
Antara pengangkutan yang diluluskan untuk beroperasi 100% seperti biasa adalah:
- Bas Ekspress
- Bas Awam
- LRT, MRT, KTM dan lain-lain
- Kapal Terbang
Pun begitu, menurut DS Ismail Sabri peraturan penjarakan sosial dan SOP masih perlu diamalkan.
Syarikat-syarikat ini perlu mendaftar nama penumpang serta pemandu dan penumpang perlu memakai topeng muka setiap masa. Pemandu bas juga perlu mengambil bacaaan suhu badan setiap penumpang dan menyahkumankan bas setiap kali perjalanan.”
Baca: TERKINI: TIADA KEBENARAN Untuk Rapid KL Hapuskan Penjarakan Sosial Pengangkutan Awam