Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan kes kedua varian Omicron yang melibatkan individu warganegara Malaysia yang menetap di Nigeria.
Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini, menyatakan bahawa ia disahkan pada 14 Disember 2021 dan kedua-dua kes ini merupakan jangkitan import dari luar negara.
Katanya, kanak-kanak tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR-COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka telah diberi perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah.”
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkembangan Semasa Varian Baharu Omicron (B.1.1.529) dan Langkah-Langkah Kawalan Serta Pencegahan di Malaysia pic.twitter.com/kCEe2t7zDU
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) December 16, 2021
Keputusan ujian RT-PCR semasa ketibaan, kanak-kanak itu didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021. Katanya lagi, kanak-kanak itu tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.
Tambahnya, kontak rapat terdiri daripada ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa mereka sekeluarga dari KLIA ke tempat kediaman. Hasil ujian ke atas keluarganya sebelum dan selepas ke Malaysia didapati negatif, malah pada hari kelima dan hari ke 11 juga negatif.
Dalam pada itu, KJ juga menjelaskan bahawa hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan, sebanyak 18 kes lagi berkemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan esok.
Baca : [TERKINI] Varian Omicron Telah Dikesan Di Malaysia – KJ