Korang yang stay kawasan Kuala Lumpur tadi rasa tak ada gegaran macam gempa bumi sikit pagi ni?
Kecoh di media sosial dengan satu berita mengatakan Malaysia dikejutkan dengan satu gegaran yang dikatakan berdurasi kira-kira 5 hingga 6 saat pagi ini. Gegaran yang berlaku pada sekitar jam 9.30 pagi ini dikatakan dapat dirasai oleh kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur.
Pun begitu, gegaran tersebut rupanya bukanlah hanya dirasai oleh orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur sahaja, malah dirasai di kebanyakan kawasan barat semenanjung juga!
“Patutlah aku rasa bergoyang-goyang tadi…aku ingat aku pening jap,” ujar netizen di laman Twitter
https://www.facebook.com/watch/?v=625300708563158&extid=NS-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&ref=sharing
Menurut Indipendent Scientific Organization (EMSC), rupa-rupanya dilaporkan gegaran gempa bumi sederhana telah berlaku sebanyak dua kali pagi ini iaitu gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter telah pun berlaku di 76 kilometer barat laut Payakumbuh dan di kawasan Bukit Tinggi, Utara Sumatera, Indonesia.
Gegaran tersebut dilaporkan telah dirasai sejauh 400km oleh kira-kira 20 juta masyarakat termasuk di Singapura, Malaysia dan Indonesia.
#Earthquake 65 km NW of #Bukittinggi (#Indonesia) 8 min ago (local time 08:39:29). Colored dots represent local shaking & damage level reported by eyeswitnesses. Share your experience via:
?https://t.co/LBaVNedgF9
?https://t.co/fCIsBFxhJM pic.twitter.com/sdiGzGZk8f— EMSC (@LastQuake) February 25, 2022
Gempa bumi itu dilaporkan berlaku di daratan dan tidak akan mengakibatkan tsunami berlaku. Pun begitu, gempa susulan berkemungkinan bakal berlaku lagi dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari selepas ini.
Untuk rekod, sebelum ini pernah terjadi beberapa siri gempa ‘besar’ yang berlaku dalam radius 300km dari Bukit Tinggi, Indonesia termasuklah pada 21/7/2018 yang menyebabkan 1 orang meninggal, 30/9/2009 berskala 7.6 magnitud yang mengorbankan lebih 1000 orang dan terakhir pada 2007, mengorbankan 67 orang.
Justeru, orang ramai dinasihati agar menjaga keselamatan masing-masing dan tidak berada di kawasan yang terjejas. Stay safe semua!
Baca: Cahaya Misteri Muncul Di Langit Lepas Gempa Bumi, Penduduk Di Mexico Takut Kiamat Datang