Pada 8 September lalu, bandar Acapulco di Mexico dilanda gempa bumi dengan kekuatan 7.0. Difahamkan, seorang individu terkorban dan beberapa bangunan serta lebuh raya rosak ekoran kejadian ini.
Selepas gempa bumi itu berlaku, penduduk di situ mendakwa langit bandar Acapulco dipenuhi dengan ‘cahaya misteri’. Khuatir dengan kejadian ini, ramai yang melarikan diri ke jalan raya kerana gusar dengan keadaan bangunan yang bergoyang.
Malah, pengguna Twitter di bandar itu menggunakan tanda pagar #Apocalipsis dalam ciapan mereka, yang membawa maksud hari kiamat dalam bahasa Sepanyol.
#sismo #CDMX #acapulco #Guerrero #6.9 #richter #lluvia #relampagos #ovni # pandemia #regresoaclases #Septiembre #masiosare #VivaMexico #tradicionalsismo #atraccionturistica #terremoto #apocalipsis pic.twitter.com/0gw7YdRLI6
— elrod (@elrodluna) September 8, 2021
Así se vio el cielo en Oaxaca durante el sismo (video de otro usuario) #sismo #Oaxaca #cielo #Triboluminiscencia #Septiembre2021 #7Septiembre #sismoOaxaca #Yadiosito #apocalipsis #asustados #Richter #septiemble #truenos #rayos pic.twitter.com/9WyhtsoAdM
— un ancla ⚓️ (@unancla) September 8, 2021
Bagaimanapun, dakwaan penduduk yang beranggapan cahaya misteri itu adalah petanda hari kiamat adalah tidak benar. Menurut ahli fizik dari Universiti Rutgers, Troy Shinbrot, dunia sudah lama kiamat jika kejadian cahaya misteri itu adalah petanda kepada pengakhiran dunia.
Ini kerana kejadian tersebut sudah lama terjadi dan ia berlaku secara berkala.
Menurut sesetengah saintis lain pula, cahaya itu mungkin terjadi kerana pergeseran batu di kerak bumi sehingga mengeluarkan tenaga ke atmosfera dan menghasilkan cahaya.
Sumber: Daily Star
BACA: Asteroid Dengan Saiz Tiga Kali Ganda Patung Liberty Bakal Lintasi Bumi Dalam Masa Terdekat