in

[Terkini] Covid-19 : Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Hingga 31 Mac 2020

Screenshot 2020 03 17 At 10.53.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, dalam perutusan khas perdana menteri mengenai Covid-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Dekat bawah ni adalah senarai Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia:


1. Dilarang melakukan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Oleh itu, semua rumah ibadat dan premis perniagaan perlu ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan harian.

Untuk umat Islam pula, aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat perlu ditangguhkan.

1200Px Utm Friday

2. Rakyat Malaysia DILARANG ke luar negara dan bagi yang baru pulang dorang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3. Semua pelancong dan pelawat asing akan disekat dari memasuki negara.

4. Semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti perlu ditutup.

Image 2

5. Semua institut pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara perlu ditutup.

6. Semua premis kerajaan dan swasta perlu ditutup kecuali air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

TS Muhyiddin menambah, walaupun ada segelintir pihak yang akan merasakan tindakan yang diambil kerajaan ini akan mendatangkan kesulitan dan kesukaran, ia perlu diambil bagi membendung wabak Covid-19 meragut nyawa rakyat Malaysia.

Saya harap saudari-saudara dapat bersabar dan jangan panik, jangan cemas dan sentiasalah bertenang. Saya percaya langkah-langkah sekatan pergerakan ini mampu menyekat penularan wabak dalam masa terdekat.”

 

Baca: [TERKINI] 125 KES BARU & Majoriti Pesakit Dari Perhimpunan Tabligh, Malaysia Kini Catat 533 Jumlah Kes Covid-19

Kes

Sumber: Wikipedia
Sumber: GPS Bestari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.