Sebentar tadi, Barisan Nasional telah memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai setiausaha agung gabungan mereka.
Dia juga telah dibuang sebagai wakil Umno dalam Muafakat Nasional.”
Sumber dalam turut memberitahu, Ahmad Maslan akan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN, lapor FMT.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Ketereh ini telah banyak mendapat kritikan dari ahli-ahli Umno selepas beliau berkata yang dia sanggup dibuang dengan harapan kerjasama antara parti-parti Melayu dan kerajaan PN dapat dikekalkan.
Disebabkan ini, Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali telah meminta Umno untuk membuang Annuar dari parti serta mengambil tindakan tegas terhadap Annuar kerana dia kelihatan seperti menjadi jurucakap untuk PPBM.
Tak cukup dengan itu, Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan turut mengkritik Annuar, mengatakan yang Menteri Wilayah itu sudah “mati” dalam soal perjuangan Umno.
Pun begitu, setakat ini Annuar Musa masih belum memberikan apa-apa komen lagi setakat ini.