in

[TERKINI] Anwar Bakal Dapat Pengampunan Agong Segera

Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebaik saja mengangkat sumpah semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Harapan (PH) kat Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur sebentar tadi (11 Mei 2018).

Mesyuarat pertama tersebut katanya bukanlah mesyuarat menentukan ahli kabinet tetapi adalah untuk menetapkan beberapa polisi dalam melaksanakan janji-janji dalam manifesto PH.


Dr M
sumber: facebook

Anwar dapat pengampunan segera

Namun topik yang menjadi perbualan ramai ialah persetujuan Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V untuk memberi keampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera. Menurut Tun Mahathir, perbincangan tersebut telah dibuat di Istana Negara semalam.

Pengampunan yang diperoleh Anwar juga menurut Tun Mahathir ialah pengampunan sepenuhnya yang membolehkan suami kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini dibebaskan dengan serta merta. Dengan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas untuk melibatkan diri dalam politik Malaysia sekarang. 

Image
sumber: sh

Tak sertai kabinet serta merta

Bila disoal sama ada Anwar akan menyertai kabinet dengan serta merta jugak lepas diberikan pengampunan, Tun Mahathir berkata proses ni akan mengambil sedikit masa kerana Anwar perlu jadi ahli parlimen terlebih dahulu sebelum boleh menjadi Menteri atau ahli kabinet negara.

Dalam pada tu, Tun Mahathir jugak memberitahu bahawa dia akan menamakan ahli kabinet bagi kementerian utama seperti Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi dan Luar Negara.

Sama-sama kita nantikan update terkini lagi dari Tun Mahathir esok. 

Baca: “Hutang tersembunyi negara RM1 TRILION” – Tun M

Tunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.