Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 862 kes baru telah dilaporkan hari ini (20 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 22,225 kes.
862 kes ini, 860 adalah kes tempatan dan 2 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 7,681 kes.
Manakala 95 pesakit berada di ICU dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.
3 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 193 kes.
634 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 14,351 kes.
Baca: [TERKINI] 629 Kes Positif & 6 Kematian Dilaporkan Hari Ini