Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Untuk info, Program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang akan disambut esok (1 Februari) akan diraikan dalam suasana norma baharu susulan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi perutusan terbabit, Perdana Menteri berkongsi berita gembira dimana melalui Program MYBeras@Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, 5,750 kampit beras akan mula disumbangkan secara percuma pada setiap minggu bagi penduduk dari golongan B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri juga memaklumkan sempena bulan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, pelbagai aktiviti menerusi platform maya telah dirancang.
Antaranya adalah River of Live virtual run sempena KL Car Free Morning Program yang diadakan secara online. Program ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk membina institusi masyarakat yang informatif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Baca: [LANGSUNG] Perutusan Khas PM Bagi Pakej Prihatin PKS (Tambahan)