Hari ini 26 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,585 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 190,434 setakat 12 tengah hari tadi.
Untuk pengetahuan korang, dari 3,585 kes positif baharu hari ini, 3,582 adalah kes tempatan dan 3 daripadanya adalah kes import.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 40,574 kes.
Manakala seramai 280 pesakit berada dalam ICU dan 111 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 11 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 689 kes.
Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 4,076 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 149,160kes.
Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 14 Kematian Dilaporkan Hari Ini