Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 24 kes baru telah dilaporkan hari ini (9 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,583 kes.
Daripada 24 kes ini, 18 adalah kes tempatan dan 6 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 317 kes.
Manakala 7 pesakit berada di ICU dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes.
7 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,143 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Tiga Angka! 100 Kes Baru, 12 Kes Sembuh & TIADA Kes Kematian Baru