Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 14 kes baru telah dilaporkan hari ini (18 Jun 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 8,529 kes menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan sebanyak 408 kes.
Manakala 4 pesakit berada di ICU dan TIADA pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 121 kes.
127 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,000 kes.
Baca: [TERKINI] Hari Ini Terdapat 140 Kes Pulih, 10 Kes Baru & TIADA Kes Kematian