Amat membimbangkan apabila kes-kes covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak dengan jumlah terbaharu sebanyak 673 kes, selepas penambahan 120 lagi kes baharu positif covid-19 hari ini.
Ia disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter rasmi mereka hari ini
TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.
95 drpd kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.
Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.
Kenyataan penuh menyusul.
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
Menurut KKM, 95 kes baru itu ada berkait rapat dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling awal bulan yang lalu.
Dengan 2 kematian yang telah dilaporkan di Malaysia baru-baru ini, mari kita berdoa sama-sama agar Perintah Kawalan Pergerakan yang arahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantu menampung virus itu daripada menular dan dapat mencegahnya terus.