in

Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa

Flat Extend Tiga Tingkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah segelintir pemilik kediaman flat mengubah suai rumah sehingga melanggar akta yang dikuatkuasakan masih lagi menjadi isu hingga kini.


Menerusi perkongsian PPIM di TikTok baru-baru ini, terdapat tiga tingkat rumah berbeza membuat pengubahsuaian secara haram dengan menambah pada bahagian tepi rumah flat terbabit.

Dapat dilihat dari tingkat bawah hingga tingkat ketiga, seolah-olah mereka sepakat untuk menambah bahagian tepi rumah, dipercayai untuk meluaskan ruang rumah masing-masing. Malah, turut kelihatan penghuni menambah balkoni di ruang tambahan tersebut.

Artikel berkaitan: “Pasang bukan sebab suka-suka” – Penghuni Flat ‘Selera Condo’ Buat Laporan Polis, Enggan Cabut Gril Besi

Artikel berkaitan: Penghuni Rumah Flat ‘Renovate’ Tambah Pagar Batu, Siap Bagi Amaran Dekat Penduduk Lain

Screenshot 2024 02 29 174058

Difahamkan, pengubahsuaian haram itu dibuat di kawasan flat Kelumpuk Kemunting, Keramat Wangsa.

Susulan itu, pihak PPIM hairan bagaimana pihak berkuasa ‘tidak sedar’ pembinaan haram itu walaupun ia terletak di tepi kawasan jalan.

“Nampak tersegam indah. Sampai 3 tingkat orang ikut sekali extend rumah. Walaupun berada terang-terang di tepi jalan, takkanlah pihak berkuasa tak pernah nampak dan terus ambil tindakan?

“Biasanya bila tidak ada yang ambil tindakan, sebab tu lah orang berani terus buat renovasi haram ini sampai dah 3 tingkat ikut extend rumah,” tulisnya.

Gg Hh

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terkejut dan turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa tahu atau pun tidak tentang pembinaan haram di flat terbabit.

Dakwa netizen, pihak berkuasa tidak ambil tindakan selagi tiada sebarang laporan dibuat kepadanya.

Screenshot 2024 02 29 174248 Screenshot 2024 02 29 174205

Dah viral ni, harap ada tindakan lanjut dari pihak berkuasa

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.