Kehilangan ibu bapa sudah pastinya sesuatu yang amat perit, kedua-dua orang tua kita tiada galang gantinya.
Seorang wanita di Johor yang kesedihan dan terkejut dengan berita pemergian ibunya, meninggal dunia tidak sampai dua jam selepas kehilangan insan tersayangnya itu.
Artikel berkaitan: Lelaki Meraung Dapat Berita Ibu Meninggal Dunia, Pesan Jangan ‘Silent’ Telefon Ketika Kerja
Artikel berkaitan: Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum Peperiksaan SPM Lepas Mengadu Sakit Kepala
Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham Saonah Kasmi, 58, pergi ke rumah adiknya di Kampung Parit Lapis Maimon, Parit Sulong semalam selepas mendapat berita kematian ibunya Bayah Sadiran, 84 akibat sakit tua.
Adik arwah, Saripah Kasni, 44, berkata kakanya itu memang ada penyakit jantung dan pada hari kejadian, dia kelihatan sedih dengan kematian ibu.
“Waktu dia tiba, keadaannya tidak berapa sihat, tapi masih kuat untuk berjalan. Dia gagahkan diri datang kerana mahu menatap wajah ibu buat kali terakhir.
Sewaktu duduk atas kerusi bersebelahan jenazah ibu, arwah dilihat tidak bergerak dan kami cuba membantunya namun tiada tindak balas.
Kami hubungi pihak hospital dan pegawai kesihatan yang datang maklumkan kakak sudah meninggal dunia.
Kami hilang emak jam 6.45 petang, tidak lama selepas itu kakak pula meninggalkan kami sekitar jam 8.20 malam,” katanya.
Katanya lagi, arwah kakaknya memang rapat dengan ibu malah setiap kali hujung minggu dia akan datang menziarahinya, seluruh keluarganya seakan tidak percaya dua insan yang paling disayangi pergi pada hari yang sama.
Al-Fatihah…
Sumber: Harian Metro