in

“Terjual 20-30 unit sehari” – Jualan Pendingin Hawa Laku Di Kelantan Akibat Cuaca Panas

Aircond Kelantan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar atau tidak, kebelakangan ini cuaca panas melanda sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia.

Terbaru, penjualan pendingin hawa serta kipas angin di negeri Kelantan meningkat sekali ganda di kebanyakan kedai-kedai elektrik negeri itu.


Penolong pengurus di sebuah kedai peralatan elektrik di Kota Bharu, Khairul Nizam Hamzah melalui Berita Harian, berkata peningkatan terhadap pendingin hawa dan kipas di kedainya meningkat lebih 80 peratus sejak awal April lalu.

Images
Gambar hiasan

“Kebanyakan pelanggan mengakui terpaksa membeli peralatan kipas atau pendingin hawa kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat panas.

Sudah tentu pendingin hawa paling mendapat permintaan hinggakan pekerja tidak menang tangan untuk pemasangan ke rumah, malah ada pelanggan sanggup memasang sendiri kerana tidak mahu menunggu tempoh lama dalam cuaca yang panas sekarang,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca panas berlaku di negara ini terutamanya di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius iaitu pada Tahap Satu (berjaga-jaga). ⁣

Difahamkan, keadaan cuaca panas berkenaan dijangka berlanjutan dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Baca: “Ada juga artis berhati mulia” – [VIDEO] Netizen Kagum Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Bawah Panas Terik

Ft Radhi Oag Tolong Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.