Kes penderaan kanak-kanak seringkali kita dengar kadang-kadang melibatkan dari segi fizikal, mental, emosi kadang-kadang sampai menyebabkan kematian.
Macam yang berlaku di Henry County, Atlanta ini…
Seorang kanak-kanak ditemui oleh pihak polis di dalam sangkar anjing di rumah milik ibu bapanya.
Itu pun terjumpa secara tak sengaja!
Terbongkar lepas jiran buat aduan
Pihak polis mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai berlakunya penderaan haiwan namun dikejutkan dengan penemuan kanak-kanak itu.
“Keadaan sangat memilukan ketika polis menemui kanak-kanak berkenaan dan dia tidak sepatutnya berada di dalam sangkar itu.
“Ada mainan diletakkan di dalam sangkar itu, namun tiada selimut untuk mangsa,” – Ketua Polis Henry County, Monte Belew
Penemuan tersebut menyebabkan tiga individu ditahan iaitu ibu mangsa, Heather Scarbough, 46, ayah tirinya yang berusia 46 tahun dan neneknya berusia 62 tahun lapor Harian Metro
Sangkar yang ‘didiami’ oleh kanak-kanak itu diletakkan berhampiran dengan sangkar haiwan lain yang tercedera.
Berapa banyak penyakit terkumpul dalam satu kawasan, kanak-kanak tu pun mungkin dijangkiti!
Antara haiwan yang turut ditemui ialah ular, anjing, ayam, cicak, kucing dan pelbagai burung.
Selain haiwan yang tercedera, keadaan rumah juga dikatakan berada dalam keadaan tidak terurus dengan dapur dipenuhi lipas serta makanan busuk dan sampah berselerakan.
Min tak boleh brain la, apa kena dengan family dia ni? Kalau tak mampu maybe patut let go anak dan haiwan tu, janganlah diseksanya!