in

“Terima kasih, ayah” – [VIDEO] Bapa Buat ‘Surprise’ Pada Anak Beli Basikal Buat Netizen Terharu

cats 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, ibu bapa adalah orang yang sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak mereka. Biar pun diminta bermacam benda, pasti dorang akan usaha sekuat mungkin semata-mata nak tengok senyuman di bibir anak-anak.

Baru-baru ni, seorang pengguna X telah berkongsi kisah seorang bapa yang membeli sebuah basikal sebagai hadiah kejutan buat anaknya.


Artikel berkaitan: “Pakai seragam ni sebab bangga dengan bapa saya” – Anak Terharu, Bapa Buat Kejutan Datang Sekolah

Artikel berkaitan: “Ayah menangis kena ‘prank’ dengan kami 5 beradik” – Viral Video Bapa Kena Surprise Di Hari Lahir, Anak Cerita Kisah Belakang Tabir

Pada awalnya, bapanya secara senyap-senyap telah membeli hadiah basikal tersebut melalui platform online shopping iaitu Shopee.

Setelah parcel diambil, bapanya berniat untuk prank anaknya sebelum bagi basikal tu. Jadi, dia langsung tak beritahu anaknya yang bungkusan tu sebenarnya adalah basikal yang dia impikan.

Pada masa yang sama, bapanya juga berkata yang bungkusan tu adalah sebuah kanopi yang dibeli.

Pun begitu, dalam video tersebut, anaknya kelihatan sangat bersemangat untuk buka parcel tu seolah-olah dia tahu yang itu adalah basikal.

z1

Alangkah terkejutnya dia, hadiah dalam kotak bungkusan tu merupakan sebuah basikal yang belum dipasang.

Apa yang kelakarnya, bapanya masih lagi nak pusing cerita dengan mengatakan yang basikal tu tersalah hantar ke rumahnya. Dia siap kata lagi yang dia nak pulang balik basikal tersebut pada penghantar.

Namun begitu, segala tipu muslihat bapanya telah pun terbongkar. Anaknya berasa teruja sampai menangis terduduk bila dapat tahu sebenarnya basikal tu untuknya walaupun tak pernah dijanjikan untuk dibeli.

Bila menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kata-kata sebak dan terharu dengan pengorbanan si ayah kepada anaknya.

cats 55

Terima kasih, ayah…

Sumber: X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.