in

Terharu! Sahabat Sanggup Percepatkan Tarikh Nikah Anak Demi Ingin Dr Zulkifli Al-Bakri Hadiri

dr zul nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri atau lebih dikenali sebagai Dr Zul merupakan seorang ulama Islam serta bekas ahli Dewan Negara, beliau juga pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama serta Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau juga sangat aktif di platform X dan sering berkongsi pendapat serta ilmu kepada pengikutnya.


Terbaru, beliau kini berada di Turkiye bagi beberapa urusan rasmi termasuklah mengagihkan bantuan buat pelarian Syria di Turkiye.

Artikel berkaitan: “Beri hadiah dengan niat” –  Dr Zul Terangkan Hukum Beri ‘Gift’ Kepada ‘NPC’ Di TikTok

Artikel berkaitan: “Banyak projek ummah menanti” –  Ramai Puji Dr Zulkifli Dapatkan Starlink Atasi Masalah Internet Tak Stabil

Beliau berkongsi satu momen yang sangat indah ketika berada di situ apabila beliau bertemu dengan sahabatnya ketika beliau berada di Syria yang sudah 28 tahun tidak bertemu dengannya.

Sahabatnya, Syeikh Moustafa Ahmed Bish itu meminta beliau untuk tangguh pulang ke Malaysia agar beliau dapat hadirkan diri ke majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya.

“Ketiga-tiga orang anak lelakinya syahid dalam peperangan. Baki yang ada, anak perempuannya di Idlib bersama suami, anak bongsu perempuan (Lubabah) dan anak lelakinya (Zulkifli) yang tinggal bersamanya. Beliau hidup susah, namun hatinya amat baik.

Betapa eratnya persahabatan kami, sehingga beliau namakan anaknya sempena nama saya. Agak lucu apabila anaknya memperkenalkan diri, ‘Assalamualaikum Syeikh. Namaku adalah namamu.’,” tulis beliau di X.

Disebabkan itu, Dr Zul mencadangkan agar sahabatnya itu menjalankan pernikahan anaknya itu keesokan harinya dan tanpa berfikir panjang, sahabatnya itu setuju dengan cadangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

GEbl9PlXMAAzI4y

“Diringkaskan cerita, keesokan hari perkahwinan pun berlangsung dengan penuh ringkas, sederhana tetapi amat barakah.

Dengan akad sebahagian mahar didahulukan dan sebahagian lagi ditangguhkan, maka termeterailah ikatan antara dua mempelai; Ahmad Yunus dan Lubabah. Dokumen perjanjian akad nikah ditulis tangan oleh Syeikh,” kongsinya lagi.

Beliau menyifatkan perjalanan hampir 8,000 KM dari Kuala Lumpur itu sangat indah dan berbaloi, beliau juga sempat memberikan khutbah nikah buat pasangan pengantin serta memperingati mereka agar terus bertakwa kepada Allah.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.