Perbuatan mengejek fizikal seseorang tidak kira body shaming atau face shaming kini boleh dikira sebagai jenayah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan ia boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Terbaru, peserta Gegar Vaganza (GV) musim ke-10, Liza Hanim menjadi mangsa face shaming apabila ada seorang individu berkata karier penyanyi yang terkenal pada era 90-an itu tenggelam kerana wajahnya yang tidak begitu flawless.
Artikel berkaitan: “Baik keluarkan album” – Damian Mikhail Tak Setuju Juara GV ‘Bertarung’ Untuk Musim Terbaru
Artikel berkaitan: “Boleh tak suka tapi jangan menghina” – Netizen Kutuk Perangai Individu ‘Face Shaming’ Gadis Ini
View this post on Instagram
Menerusi Instagram miliknya, Liza Hanim yang terkenal dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu meluahkan rasa kecewanya terhadap individu terbabit dan menegur perbuatan yang tidak sepatutnya itu.
“Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur.
Tergamak nak bagi comment macam ni, berkali kali pulak tu, why? Motif?,” tulisnya di kapsyen.
Dengan menggunakan #AkuTakCantikTapiAkuBahagia, Liza Hanim meluahkan dia masih bersyukur diberi bakat nyanyian yang sangat hebat, dia juga mengingatkan agar sesiapa yang menjadi mangsa buli siber atau face shaming untuk bangkit dan menjadi diri sendiri.
“Sabar, tabah dan sentiasa mensyukuri”
Posting yang dimuat naik olehnya itu disokong ramai rakan artis dan peminat, rata-rata memuji ketabahan Liza Hanim serta memberikannya kata-kata semangat agar terus berjaya dalam industri.
Liza Hanim ni lejen tau! Suara power gila!
Sumber: Instagram