in

“Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak” – Ayah Siti Surya Terkenang Lihat Keadaan Arwah Berlumuran Darah

trauma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden mengerikan dan mengharukan yang berlaku ke atas Siti Surya masih lagi segar dalam ingatan bapa arwah, Ismail Muda, 58.

Harian Metro melaporkan bahawa ayah arwah masih trauma dan tidak mampu menjejakkan kaki ke kediaman mereka yang terletak di Kampung Lubuk Baru, Temelong, Terengganu.


Buat masa ini mereka sekeluarga tinggal sementara waktu di rumah datuk arwah di Kampung Beladau Selat, Kepong.

 

Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berlumuran darah ketika ditemui di ruang tamu rumah. Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.”

41604332913 IsmailMuda

Katanya lagi, sekarang anak-anak lelaki sahaja yang ulang-alik melihat rumah dan mengambil barang keperluan seperti pakaian, namun tiada siapa yang sanggup bermalam di sana buat masa ini.

“Di samping itu, keadaan isteri saya (Zaini Musa, 55) yang terlantar sakit akibat kanser otak menyebabkan saya tidak boleh tinggalkan dia dalam tempoh yang lama.”

Malah, sejak pemergian anak kelima daripada 7 beradik itu, Ismail yang menguruskan isterinya sendiri kerana sebelum ini ‘kakak’ yang jaga isterinya yang kini sedang terlantar sakit barah orak.

Sebelum ini Ismail ada menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh.

 

Ibu arwah masih mencari ‘kakak’

Lebih hiba lagi, abang arwah Muhammad Faris Akram, 23 mengatakan bahawa meskipun sudah lima hari kejadian hitam itu berlaku, ibu mereka masih lagi tercari-cari Siti Nur Surya walaupun beberapa kali dimaklumkan arwah sudah tiada.

“Sebelum ini, arwah yang biasa menguruskan emak dan antara anak yang paling rapat dengan emak. Apabila orang lain yang mengambil alih tugas, emak akan bertanya kakak pergi ke mana? “Tetapi ketika emak ingat kakak sudah meninggal dunia dia akan sedih dan termenung,” katanya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa dan suspek yang masih trauma dengan kejadian itu.

 

Baca : “Dia yang ajak pergi balai polis” – Ibu Suspek Bunuh Siti Surya Yakin Anak Tidak Bersalah

suspek

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.