in

[TERBARU] 7 Warga Asing Lari Dari Pusat Tahanan Kuarantin Tawau Kini Diburu

Untitled 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari, jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan situasi ini sangatlah membimbangkan kita semua. Lebih mengejutkan, majoriti daripada kes yang dilaporkan adalah warga tempatan dan bukannya warga asing.


Terbaru, polis Sabah melaporkan tujuh warga asing telah melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Tawau, Sabah. Warga asing tersebut terdiri daripada 6 pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas melaporkan pada awalnya kejadian lari ini melibatkan 14 tahanan, namun tujuh daripada mereka telah berjaya ditahan semula oleh pihak berkuasa.

“Pada 2 pagi tadi, seorang penyelia di dewan pergerakan PTS terdengar jeritan seorang anggota meminta tolong kerana mendapati dua tahanan memanjat pagar belakang Blok 4 dan melarikan diri”

“Ekoran itu, siasatan lanjut di bahagian tahanan lelaki di Blok 1 mendapati 14 lelaki melarikan diri, kesemua mereka merupakan tahanan PTS untuk dihantar pulang ke negara asal”

Pihak polis juga telah mendedahkan identiti tujuh warga asing yang melarikan diri untuk mempercepatkan proses penangkapan.

Ej7J6Izvkae4Spb

Warga Filipina yang terbabit ialah Aidal Girol, 42; Basri Jumbli, 29; Mad Kadir Basir, 36; Dal Mujiral, 40; Talim Tipayan, 36, serta Jaladi Benedi, 38, manakala warga Indonesia ialah Anwar Awal, 35.

 

Sumber: Awani

BACA: Lagi Kes Covid-19 di Mall, Kali Ini di Palm Mall, Seremban

1Palm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.