in

“Terbang semua payung” – [VIDEO] Harith Iskander Kongsi Detik Cemas Ribut Kencang Landa Publika

Untitled Design 2022 04 29T155634.159

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini cuaca tidak menentu, kita biasa dengar keadaan hujan lebat, banjir dan ribut di beberapa kawasan.

Sebelum ini, bandaraya Kuala Lumpur dinaiki air dan berlakunya kesesakan lalu lintas yang agak teruk.


Terbaru, pelakon dan pelawak Harith Iskander dalam TikTok nya berkongsi kejadian ribut yang berlaku semalam pada jam 7.30 malam di pusat beli-belah Publika yang terletak di Hartamas, Kuala Lumpur.

@harithiskandercomedian

My team and I rushed to help vendors whos stalls were destroyed by freak storm. The wind three us around like dolla

♬ Dramatic Music – RinkevichMusic

Difahamkan, sepanjang bulan Ramadan ini terdapat jualan vendor yang diadakan di bahagian luar pusat beli-belah tersebut. Dalam video pendek itu, kelihatan beberapa payung dan barangan jualan terbang dan orang ramai mula lari bertempiaran.

“Saya dan pasukan saya bergegas untuk membantu penjual yang gerainya musnah akibat ribut.” tulis Harith Iskander dalam kapsyen.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan tetapi seperti yang dilihat di dalam video itu berkemungkinan terdapat kerosakan barangan jualan.

Netizen juga turut mendoakan agar tiada kecederaan berlaku dan semoga semuanya baik-baik sahaja. Malah, ada juga netizen yang berkongsi perkara sama terjadi pada tahun lepas ketika dia menjadi salah seorang vendor di situ.

Plka

Sentiasa berhati-hati ya semua!

Baca: [VIDEO] Pokok Tumbang & Bumbung Tercabut, Pulau Pinang Dilanda Ribut Semalam

Untitled Design 2022 04 29T155457.585

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.