Disebabkan tak puas hati dengan tindakan seorang pemandu wanita yang memotong barisan ketika di traffic light sehingga hampir menyebabkan kemalangan, seorang lelaki bertindak melanggar dan maki wanita tersebut.
Rakaman video berdurasi lebih 10 saat yang tular di media sosial memaparkan lelaki tersebut memaki dan menendang kereta wanita itu.
https://www.facebook.com/razak.sarit.3/videos/436267513919067/
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu di Simpang Empat Taman Anggun Rawang, ketika itu lampur isyarat dilaporkan rosak menyebabkan seorang pemandu wanita bertindak memotong barisan ketika kenderaan lain berhenti, lapor Harian Metro.
Kenderaan wanita berusia 24 tahun yang memandu Proton Saga BLM itu kemudiannya dikejar seorang pemandu lelaki yang menaiki SUV Proton X70 sebelum memotong kereta wanita itu secara mengejut.
Wanita itu kemudian memberhentikan kenderaan, namun SUV terbabit mengundur lalu melanggar bahagian depan sebelah kiri kereta mangsa”
Lelaki itu kemudiannya turun dari kenderaannya sebelum memaki hamun dan menendang kereta mangsa beberapa kali.
“Kejadian itu menyebabkan pintu depan sebelah kiri dan kanan kereta mangsa kemek selain kemek di bahagian bumper depan akibat dilanggar SUV berkenaan.”
Kakak kepada wanita tersebut kemudiannya merakam kejadian itu sebelum mereka membuat laporan polis kerana takut dan tidak berpuas hati.
Polis kemudiannya menahan pemandu SUV berusia 45 tahun berkenaan di Balai Polis Selayang selain merampas kenderaannya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Namun rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut sebagai pengajaran kepada pemandu yang sesuka hati memotong ‘Q’ khususnya di kawasan lampu isyarat.