Keadaan sunyi dan tiada pelangan, seorang wanita yang juga pengurus sebuah stesen minyak di Selayang terkejut apabila berjaya merakam sosok ‘gula-gula’ atau Pocong.
Pengalaman kali pertama itu berlaku ketika dirinya bertugas syif malam ibarat mimpi ngeri buat wanita itu apabila ternampak kelibat makhluk berkenaan.
Menerusi video itu, Amoi mengalihkan kameranya sebelum kelihatan jelas susuk tubuh makhluk berkenaan ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok.
Artikel berkaitan:5 Filem ‘Horror’ Popular Ini Rupanya Ambil Inspirasi Dari Kisah Sebenar, Seram Weh!
Artikel berkaitan:Based On True Story! Ini 4 Kisah Paling Seram Dalam Sejarah, Fiksyen Pun Kalah
Kejadian berlaku kira-kira jam hampir 4 pagi ketika dia bertugas di kaunter dan penampakan itu agak jelas kerana diterangi cahaya yang tidak tahu datang daripada mana.
Kejadian itu turut mengakibatkan dirinya demam keesokannya.
Salah seorang dari pekerja juga mendakwa melihat kejadian itu selepas rakaman itu viral.
Warganet yang melihat video itu juga memberikan komen dan reaksi terhadap rakaman itu.
Pastinya tujuan rakaman itu menjadi viral bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi pengalaman seram.