Sejak seminggu yang lalu, pencerobohan besar-besaran telah dilakukan Rusia ke atas Ukraine hingga katanya kini melibatkan 2,000 orang awam yang telah terbunuh.
Pun begitu, terdapat juga laporan yang mendedahkan ada segelintir tentera Rusia ini telah bertindak ‘melanggar arahan’ dan sabotaj kenderaan perisai mereka sendiri.
Menurut mStar, baru-baru ini tular satu video di Twitter yang memaparkan seorang tentera Rusia dilihat menangis terharu kerana telah mendapat layanan yang baik dari warga Ukraine.
Video shared on Ukrainian channels of a captured Russian soldier apparently being fed by locals. The post says he burst into tears when he was allowed to video-call his mother. So many of these troops are just teenagers, with absolutely no clue what this war is really for. pic.twitter.com/oCPUC8cKcO
— Matthew Luxmoore (@mjluxmoore) March 2, 2022
Menerusi video itu, dapat dilihat tentera berkenaan sedang menghirup teh panas dan menjamah roti sambil dikelilingi oleh sebilangan warga Ukraine.
Dia juga dikatakan sedang ber’video-call’ dengan ibunya yang kini berada di Rusia dan memberitahu keadaannya ini baik-baik saja bersama orang Ukraine.
Malah menerusi satu tweet juga, netizen menjelaskan seorang sukarelawan Ukraine juga memberitahu kepada ibu tentera berkenaan,
Jangan risau Natasha, dia hidup dan dalam keadaan baik. Awak akan dapat panggilan lagi,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, netizen menjelaskan kedengaran suara lelaki bertutur dalam bahasa Ukraine mengatakan tentera Rusia itu sendiri tak tahu mengapa mereka berada di sini dan apa yang berlaku bukan salah mereka.
Video berkenaan telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Sebaiknya pilihlah jalan terbaik untuk kedamaian. Kedua-dua pihak pastinya tidak mahu peperangan berlaku kerana meragut banyak nyawa dan ramai yang terpisah dengan ahli keluarga.
Baca: Malaysia Sokong Resolusi PBB Kutuk Keganasan Rusia Terhadap Ukraine