in

Tempoh Kuarantin Bagi Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Dikurangkan Kepada 7 Hari

1airpot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan melalui menterinya, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan pengurangan tempoh kuarantin bagi pengembara yang tiba di Malaysia. Pengurangan dari 14 hari ke 7 hari itu akan berkuatkuasa mulai 18 Oktober 2021.

Perkara ini diumumkan oleh beliau menerusi akaun Twitter @Khairykj 


Screenshot 2021 10 17 at 9.34.13 AM Screenshot 2021 10 17 at 9.33.11 AM

 

Bagi pengembara yang tiba dia Malaysia dan perlu menjalani kuarantin wajib, mereka boleh melakukannya di rumah masing-masing jika keadaan mengizinkan.

Walau bagaimanapun, kelonggaran ini hanya diberikan sekiranya pengembara tersebut telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. Untuk yang belum lengkap divaksin, tempoh kuarantin wajib adalah selama 10 hari di pusat kuarantin berdekatan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri turut mengumumkan pengurangan tempoh kuarantin bagi kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif Covid-19.

Untuk kontak rapat yang telah lengkap divaksin, tempoh kuarantinnya adalah selama 7 hari, manakala yang belum lengkap menerima vaksin, tempoh kuarantin kendiri adalah selama 10 hari.

Screenshot 2021 10 17 at 9.33.21 AM

 

Pengurangan tempoh kuarantin ini adala usaha pihak kerajaan dalam fasa peralihan negara dari pandemik ke endemik.

 

Baca:Hidup Anti-Vaksin Bakal Susah Jika Terus Tolak Vaksin Tanpa Sebab Yang Dibenarkan – KJ

antivaksin menteri kesihatan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.