Berita baik untuk semua, pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela kepada warga emas akan dibuka bermula 23 hingga 26 Mei ini.
Melalui posting di akaun Twitter Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, beliau menyatakan bahawa pendaftaran akan bermula 12 tengah hari, 23 Mei (Ahad) dan boleh dibuat melalui https://www.vaksincovid.gov.my/.
The second round of AstraZeneca opt-in will open at 1200hrs on Sunday, 23 May at https://t.co/TF4fINjmn7. This will only be open to residents of Klang Valley, Penang, Johor, Kuching and Miri who are above the age of 60.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) May 21, 2021
Tambah beliau lagi, pendaftaran tempahan itu dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri di Sarawak, khas untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas sahaja.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini ada menyatakan bahawa permohonan untuk mereka yang di bawah umur 60 tahun akan diberitahu kelak menurut Harian Metro.
Selain itu, fasa kedua tempahan tersebut memberi keutamaan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu selepas mendaftar ketika pusingan pertama tempahan vaksin secara sukarela sebelum ini.
Baca : “Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung” – KJ