in

Teman Lelaki Sorok Status Hubungan Cinta Dari Pengetahuan Umum? Ini Sebabnya

Untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadangkala lelaki lebih gemar untuk tidak menunjukkan status hubungan mereka kepada tontonan umum, terutamanya ketika di awal fasa percintaan.


Namun, sebelum anda berfikiran negatif tentang tingkah laku ini, apa kata kita kaji mengapa kaum lelaki suka untuk berbuat demikian meskipun akan mendatangkan kesan buruk dalam hubungan percintaan.

Berikut adalah kompilasi 7 sebab mengapa lelaki gemar untuk sorokkan hubungan percintaan daripada pengetahuan umum:

1. Dia risau akan restu daripada pihak keluarga

1 17

Apabila sebut sahaja tentang hubungan cinta yang mahu dibawa ke alam perkahwinan, restu keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Mungkin pasangan anda menunggu masa yang sesuai untuk hebohkan hubungan kalian kepada pihak keluarga. Bukan senang nak bawa orang baru dalam keluarga kan?

2. Dia merasakan hubungan akan menjadi lebih menarik jika dirahsiakan

2 22

Kedengaran seperti pelik, namun ada lelaki yang merasa lebih seronok jika hubungan cinta bersama pasangan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Macam artis pula!

3. Dia masih keliru dengan perasaan diri sendiri

3 10

Ini sedikit rumit dan membahayakan, kadangkala lelaki mengambil masa yang sedikit lama untuk sedar adakah hubungan yang sedang mereka jalani itu berbaloi atau tidak. Tapi jika difikir secara logik, sepatutnya semua kesangsian ini sepatutnya sudah selesai sebelum bermulanya hubungan cinta kan?

4. Lelaki dan pasangan mempunyai kumpulan rakan yang sama dan risau akan memberi kesan buruk kepada hubungan persahabatan

4 6

Perkara ini biasa terjadi, bercinta bersama rakan baik sendiri bukanlah sesuatu yang baru betul tak? Untuk menjaga hubungan baik bersama semua orang, sesetengah lelaki lebih memilih untuk merahsiakan hubungan bersama pasangan.

5. Dia baru sahaja putus cinta dan merasakan terlalu awal untuk bercinta semula

5 4

Dalam senario ini, sudah terang lagi bersuluh lelaki yang salah dalam perhubungan cinta. Pasangan anda mungkin:

Tidak mahu menyakitkan perasaan bekas kekasih kerana mereka baru sahaja berpisah.
Mahu melindungi anda daripada tanggapan negatif dan buruk daripada bekas kekasih.
Masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasih dan berharap mereka akan kembali semula (paling bahaya!).

6. Dia risau anda akan dicuri atau diminati oleh orang lain

6 2

Ya, alasan ini logik dan wujud je sebenarnya dalam sesebuah perhubungan. Sesetengah lelaki sorok hubungan mereka bersama pasangan kerana khuatir pasangan mereka akan menarik perhatian mata-mata yang melihat. 

7. Salah seorang daripada rakan mereka mempunyai perasaan terhadap anda

7

Situasi ini boleh terjadi kepada mana-mana pasangan, cuba bayangkan sebelum anda bercinta bersama pasangan yang sekarang ini, sebenarnya rakan pasangan anda sudah lama memendam perasaan terhadap diri anda. Ha pening kan baca?

Kesemua tujuh sebab ini hanyalah hasil pemerhatian berdasarkan apa yang terjadi di sekeliling kita semua. Kalau anda mengalami masalah yang sama, cuba tanya pasangan anda mengapa dia sorokkan anda daripada pengetahuan umum.

Ada beza tau menjaga privasi dalam hubungan dan tidak mahu orang tahu yang dia sedang dalam hubungan. Jaga-jaga!

Kredit: Bright Side

 

BACA: ‘Dah la curang, Kaki Pukul’ – [VIDEO] GF Penat-penat Dapatkan Kerja, Sekali Boyfriend Curang Dengan Bos

Aaa 2

Sumber: Bright Side
Sumber: Bright Side
Sumber: Bright Side
Sumber: Bright Side
Sumber: Bright Side
Sumber: Bright Side
Sumber: Bright Side

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.