in

“Telan kat rumah je” – Pfizer Akan Keluarkan Pil Untuk Pesakit Covid-19 Hujung Tahun Ini

Pfizer3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas ni, mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19 hanya perlu telan pil di rumah sahaja untuk rawat gejala-gejala itu, difahamkan pil dari Pfizer ini akan siap hujung tahun nanti.


Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata syarikat farmaseutikal ini sudah separuh jalan peringkat awal pencubaan secara klinikal terhadap pil antiviral itu, lapor The National Post.

Jika ianya berjaya dan mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA), ia akan menjadi rawatan dirumah pertama untuk mencegah virus tersebut.

Pfizer2

Pill ini akan diedarkan di seluruh Amerika Syarikat hujung tahun ini, tambah Bourla lagi, ia boleh dikatakan satu inovasi kerana orang ramai tidak perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan lagi.

Malah, para penyelidik berharap ubat itu dapat mencegah penyakit itu daripada terus berlanjutan dan mencegah perjalanan ke hospital.

Menurut CNBC, kandungan dadah dalam pil itu diklasifikasikan sebagai protease inhibitor dimana ia digunakan untuk merawat patogen virus lain seperti HIV dan hepatitis C.

Pfizer

Penyelidik Pfizer mula mengusahakan pil itu tahun lalu, dan pada bulan Julai, mereka telah menghasilkan tujuh miligram pertama sebatian tersebut, menurut Dafydd Owen, pengarah kimia perubatan syarikat.

Menjelang Oktober 2020, 100 gram sebatian telah dibuat dan dua minggu kemudian, lebih dari satu kilogram.

Percubaan klinikal ini terbahagi kepada tiga fasa. Ia dijadualkan berlangsung selama kira-kira lima bulan dan akan mempunyai peserta yang sihat dan hidup bersih, berusia 18 hingga 60 tahun.

Fasa 1: Ujian seberapa baik toleransi dalam badan terhadap ubat itu samada kuantiti dos meningkat, atau diambil sendiri atau dengan ritonavir.

Fasa 2: Ujian sama tetapi dengan pelbagai dos.

Fasa 3: Ujian bentuk tablet dan cecair ubat serta kesan makan setelah mengambil ubat itu. Fasa ini juga menguji sama ada ubat itu berfungsi terhadap orang yang terdedah kepada virus atau tidak.

 

Baca : [TERKINI] PM Selesai Terima Suntikan Kedua, Jadi Individu Pertama Lengkapkan Vaksin Pfizer-Biontech

Muhyiddin

Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.