in

Tebang Pokok Berusia 300 Tahun, Remaja 16 Tahun Ditahan Polis

1Pokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki dari England telah ditahan berikutan vandalisme yang dilakukannya melibatkan sebatang pokok bersejarah.

Screenshot 2023 09 30 At 12.24.38 Pm

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan pada Khamis lalu selepas didapati dengan sengaja menebang pokok berusia 300 tahun yang terletak bersebelahan Hadrian’s Wall.


Pokok yang dipercayai berusia ratusan tahun itu berada di dalam kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO dimana Hadrian’s Wall itu berada.

Artikel berkaitan: Lelaki British Ukir Nama Teman Wanita Di Dinding Colosseum Berdepan Penjara 5 Tahun

Artikel berkaitan: Pencari Madu Meninggal Dunia Tersangkut Atas Pokok Tualang, Bomba Ambil Masa 7 Jam Turunkan Mayat

Screenshot 2023 09 30 At 12.24.24 Pm

Hadrian’s Wall itu dibina pada zaman pemerintahan Empayar Rom dan sering menerima ribuan kunjungan pelancong setiap tahun kerana statusnya yang bersejarah itu.

Memetik laporan The Guardian, pokok berkenaan di Sycamore Gap itu turut menjadi ikon tapak warisan tersebut yang mula dikenali ramai selepas muncul dalam filem ‘Robin Hood: Prince of Thieves’ lakonan Kevin Costner pada tahun 1991.

Screenshot 2023 09 30 At 12.24.02 Pm

Ketika ini, Polis Northumbria sedang menahan remaja itu atas dakwaan melakukan kerosakan jenayah vandalisme melibatkan tempat bersejarah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.