in

“Teacher sabar okey” – [VIDEO] Cikgu Buat Kelas Tambahan Tapi Kena ‘Sidai’ Sorang Je Datang

Cikgu Kena Sidai Pelajar Tak Datang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggungjawab seorang guru adalah untuk mendidik dan membentuk individu ke arah yang baik. Adab terhadap guru juga harus dijaga dan diambil serious.


Jangan kita sesekali menyakiti hati guru kita, sedangkan kalau kita lambat ke kelas pun cikgu kita dah merajuk. Cuba bayangkan kalau sekelas tak datang kelas tambahan?

Tular di Tiktok baru-baru ini, bila seorang guru berkongsi kisah muridnya tidak datang ke kelas tambahan.

Melalui Tiktok tersebut, cikgu ini telah kongsikan tangkap layar memberi peringatan tentang kelas tambahan yang bakal diadakan pada jam 4 petang kepada murid-muridnya.

Namun, selepas 4.20 petang, cikgu ini menunjukkan kelasnya itu kosong tanpa dihadiri seorang murid pun.

@duri_anggrek

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Bukan tu je, bila cikgu ni tanya di dalam group Whatsapp sama ada dorang akan datang ke tak, sorang pun tak jawab. Berani betul budak-budak sekarang ya?

“Kalau tak datang bagitahu la. Jangan buang masa saya.”

Menjawab soalan netizen dalam videonya yang lain, cikgu ini menerangkan jadual kelas tambahan itu disediakan oleh pihak pengurusan sekolah dan dia tak boleh sesuka hati menukar waktu yang ditetapkan.

@duri_anggrek

Replying to @u dk me

♬ original sound – ? – ?

Boleh tengok video asal di sini.

Selain itu, cikgu ini turut menceritakan hanya seorang sahaja murid yang datang dan dia berjanji untuk call rakan-rakan yang lain. Namun, murid itu telah melarikan diri dan ponteng kelas.

Tidak dinafikan kelas tambahan pada waktu petang amat meletihkan. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita ponteng kelas tanpa memberitahu kepada guru kita. Harap perkara macam ni tidak berulang la, kita sebagai pelajar kena hormat pada guru-guru kita.

Baca : “Terasa auranya” – [VIDEO] Terharu Lihat Cara Pelajar Beri ‘Penghormatan Terakhir’ Kepada Mendiang Guru

Guru Meninggal 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.