in

“Tarik diri je lah” – Gantikan Ernie Zakri Untuk SFMM, Nadeera Teruk Dikecam Netizen?

Nadeera Peminat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahang Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) kian terasa, hari ini berlangsungnya Semi-Final Muzik Muzik (SFMM) pertama sebelum diumumkan 12 lagu yang layak ke pentas akhir AJL38.


Pun begitu, satu kontroversi membelenggu SFMM tahun ini di mana penyanyi lagu Astana iaitu Ernie Zakri dilihat telah digantikan oleh penyanyi baru iaitu Nadeera Zaini.

Artikel berkaitan: Universal Music Beri Penjelasan Isu Ernie Zakri Tak Nyanyi Lagu ‘Astana’ Untuk SFMM

Artikel berkaitan: “Kenapa kena sebut bukan-bukan?” – Ernie Zakri Bantu Promote Kawan Carikan Jodoh, Ada Netizen Bagi Respon Celupar

Perkara itu masih lagi dalam perdebatan di antara penyanyi asal lagu tersebut dengan syarikat rakaman, Rocketfuel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official _Nadeera (@official_nadeera)

Apa yang menyedihkan, terdapat sebilangan besar netizen serta peminat Ernie Zakri yang tidak menerima keputusan itu dan mula memberikan kecaman terhadap Nadeera.

Ruangan komen di posting terbaru Nadeera di Instagram dipenuhi dengan kecaman yang seakan tidak mahu pemenang Big Stage itu untuk menggalas tanggungjawab menyanyikan lagu Astana itu.

“Kami tak nak kau nyanyi lagu tu”

Penyanyi muda itu dikecam sehinggakan ada yang berkata dia ibarat mengambil jalan mudah dalam mencari populariti dengan menggantikan penyanyi asal lagu tersebut.

Cats 47

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak Nadeera.

Harap semuanya ok jer…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.