in

“Tapi aku cintakan Saddiq sepenuh hati” – Netizen Geli-Geleman Baca Fanfiction Tentang Syed Saddiq Di Wattpad

Collage 30

Sekarang ni, di Wattpad memang bersepah fiksyen peminat (fanfiction) yang luahkan rasa cinta dorang terhadap mana-mana selebriti atau ikon yang dorang suka melalui cerpen. Lebih-lebih lagi bagi peminat K-pop.

Namun, baru-baru ni seorang netizen kongsi dia terjumpa peminat buat fanfiction untuk MP kegemarannya, Syed Saddiq menggunakan tajuk “Always By Your Syed”. Amboi…

Menurut netizen itu, fanfiction yang dimuat naik di Wattpad telah pun dibaca sebanyak lebih 6,000 kali. Dahsyat betul.

152069689 352 K483158

Cerita Always By Your Syed ni menceritakan tentang seorang wanita muda, Hasya yang berjaya masuk ke Oxford University dan pada tahun ke-2 dia di sana, dia terjumpa Syed Saddiq, pendebat yang menjadi juri semasa pertandingan perbahasan.

Sejak dari itu, dorang mula menjalinkan hubungan hingga ke jinjang pelamin. Dekat bawah ni adalah beberapa screenshot fiksyen tersebut. Korang bacalah sendiri…

“Suap please” kata Saddiq dengan riak wajahnya yang comel

109573781 10223066085151383 6378840185727032716 N

Tapi aku cintakan Saddiq sepenuh hati

108342232 10223066085471391 5737082311136271072 N

Kebanyakan netizen yang baca cerita ni kongsikan rasa cringe dorang.

Screenshot 2020 07 20 At 12.38.16 Pm

Selepas kewujudan fanfiction ini tular, penulis tersebut dikatakan telah pun memadam cerita itu dari Wattpad. Ala tak dapat nak baca!

Rupanya, ada juga beberapa fanfiction lain di Wattpad ni yang menggunakan cover muka Syed Saddiq tau.

Edn4Uccu8Aeujul Edn48Qrumau0Hb5

Pun begitu, tak semua fanfiction ni teruk. Kalau korang nak tahu, filem bertajuk After diambil dari fanfiction di Wattpad mengenai Harry Style dari One Direction. Selepas dibaca sebanyak 1 bilion kali, ia dijadikan buku bersiri dan movie.

Gempak  jugak, mana tahu cerita ni dijadikan filem nanti. Agak-agak siapa sesuai lakonkan watak Syed Saddiq ni?

 

Baca: “Sedih tengok wakil rakyat buat perangai macam ni” – Netizen ‘Geram’ Tengok Ramai Ahli Parlimen Ejek Syed Saddiq

Screenshot 2020 07 20 At 1.01.46 Pm

Sumber: Wattpad
Sumber: Wattpad