in

Tangan Bergari Ketika Tiba Di New York, Presiden Venezuela Sempat Ucap ‘Selamat Tahun Baharu’ Kepada Orang Ramai

Presiden Venezuela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran Presiden Venezuela, Nicolás Maduro di New York mencuri perhatian dunia apabila beliau dilaporkan tiba dalam keadaan bergari usai ditangkap namun masih sempat mengucapkan “Selamat Tahun Baharu” kepada orang ramai.

Maduro, 63, bersama isterinya, Cilia Flores, dilaporkan dibawa masuk ke bandar raya itu menggunakan helikopter khas sebelum diiringi ke sebuah kemudahan Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA).


Difahamkan, penahanan pemimpin negara Amerika Selatan itu berlaku susulan satu operasi ketenteraan oleh pasukan khas Amerika Syarikat di Caracas yang menyaksikan Maduro dan isterinya ditahan di kediaman rasmi mereka.

Operasi berkenaan dilaporkan berlangsung kira-kira dua jam dan melibatkan penggunaan jet pejuang serta helikopter tentera.

Nicolás Maduro
Nicolás Maduro

Artikel berkaitan: Penyeludupan Dad*h Teruk Di AS, Donald Trump Tawar Ganjaran RM235 Juta Tangkap Presiden Venezuela

Artikel berkaitan: Balkoni Di Venezuela Ini Boleh Buat Korang Rasa Macam Ada Mata-Mata Memerhati

Ketika dibawa keluar dari kenderaan persekutuan, Presiden Venezuela itu dilihat tenang sambil melambaikan tangan ke arah orang ramai sebelum mengucapkan, “Happy New Year”.

Tindakan Amerika Syarikat itu dilaporkan sebagai campur tangan ketenteraan secara langsung yang jarang berlaku di rantau Amerika Latin, dengan insiden hampir sama kali terakhir direkodkan ketika pencerobohan ke atas Panama pada 1989 bagi menyingkirkan Manuel Noriega.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, turut mengulas kejadian itu menerusi platform Truth Social dengan mendakwa, “Amerika Syarikat berjaya melaksanakan serangan berskala besar terhadap Venezuela dan menangkap Presidennya.”

Maduro dan isterinya kini berdepan pelbagai pertuduhan jenayah persekutuan, termasuk dakwaan berkaitan ‘narko-keganasan’ dan konspirasi terhadap Amerika Syarikat menjelang perbicaraan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.