in

Tanam Antena Berupa Sirip Di Tengkorak, Lelaki Ini Boleh Rasa Perubahan Cuaca Dan Tekanan Atmosfera

Manel De Aguas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki Sepanyol mendapat perhatian ramai selepas dia menjalani pembedahan memasang antena berupa sirip di tengkoraknya. Alat itu dikatakan berfungsi untuk mengesan perubahan cuaca dan tekanan atmosfera.



Manel E1607746782632

Berbicara mengenai tujuannya melakukan pembedahan drastik itu, Manel de Aguas, 24, berkata, dia merasakan ia satu idea yang baik untuk berhubung dengan hujan dan fenomena atmosphera yang lain melalui antena berkenaan.

“Saya selalu merasakan saya mempunyai hubungan yang special dengan hujan. Pembedahan ini membolehkan saya berhubung dengan lebih dalam lagi dengan hujan dan fenomena lain,” katanya.

Boleh rasa perubahan suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera melalui tengkorak

Manel De Aguas E1607746896736

Sebagai seorang ‘propioespecie’ yang membawa maksud seseorang individu yang tidak mengikut definisi biologikal manusia biasa , Manel akhirnya dapat merealisasikan impiannya itu awal tahun ini di sebuah klinik di Jepun selepas hasratnya itu pernah ditolak beberapa doktor di negara kelahirannya, Sepanyol.

“Saya memang berminat dengan hidupan marin, tidak kiralah hidupan itu wujud di dunia nyata atau fantasi. Disebabkan itulah saya memilih untuk mempunyai organ yang diinspirasikan daripada sirip ikan terbang,” kata Manel.

Manel 1 E1607747067187

Menurut lelaki itu lagi, penambahan organ artificial itu membenarkan dia mendengar bunyi atmosfera bergantung kepada keadaannya pada sesuatu masa.

Antena berupa sirip ikan itu adalah seberat 500 gram dan boleh dicas semula dengan tenaga solar. Selain itu, ia juga mampu berhubung dengan pelbagai peranti melalui Wi-Fi.

“Saya akan menggunakan organ baru saya ini untuk meneroka cuaca,” kata Manel.

Manel merupakan pengasas Trans-Spesies Society di Sepanyol. Selain dirinya, terdapat juga ahli lain dalam kumpulan berkenaan yang melakukan modifikasi badan dengan fungsi seperti dapat merasakan gempa bumi dan kebolehan mendengar warna.

Sumber: Oddity Central

Baca: Mungkin Nampak Aneh, Tapi Trend Ini Dianggap Cantik Di Beberapa Negara

Ft Face 1 E1607746505267

Sumber: MDZ Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.