Nak nampak cantik pada pagi raya? Cara paling mudah untuk pastikan wajah kekal berseri dan nampak ‘glowing’ adalah dengan pemilihan warna lipstick yang betul!
Disebabkan kebanyakan orang Melayu mempunyai kulit sawo matang, pemilihan warna gincu mungkin menjadi satu cabaran.
Manakan tidak, lipstick nampak cantik pada bibir model, tapi pada bibir kita, nampak meh dan pucat pula!
Nak tahu apakah warna lipstik untuk kulit sawo matang? Jom, teruskan pembacaan anda!
3 cara pilih warna lipstik supaya tak tersalah beli
1. Sebelum beli, kenal pasti dulu rona kulit anda!
Ada lima jenis rona kulit yang anda perlu tahu – cerah, kuning langsat, sawo matang, gelap dan sangat gelap. Sebelum beli lipstick, pastikan anda tahu apakah warna kulit anda.
Selalunya, anda boleh periksa dengan mudah secara atas talian atau melalui aplikasi tertentu.
Lipstick yang berwarna coral, peach, nude dan merah sangat cantik dipakai oleh mereka yang berkult cerah atau kuning langsat.
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sawo matang pula, cuba pakai lipstick berwarna berry, rose, cherry red atau mauve.
Sekiranya kulit anda lebih gelap, pilih gincu yang berwarna merah gelap, ungu gelap atau plum.
2. Cari undertone kulit anda
Apa itu undertone? Undertone ialah warna semula jadi di bawah kulit.
Ada 3 jenis undertone yang perlu diketahui – hangat, sejuk dan neutral. Tapi macam mana nak tahu? Tengok pada urat di pergelangan tangan sahaja!
Orang yang mempunyai undertone yang sejuk selalunya mempunyai urat pada kawasan tangan yang berwarna biru.
Selalunya, aksesori dan perhiasan yang diperbuat daripada silver nampak menarik jika digayakan oleh mereka yang mempunyai cool undertone.
Jadi, cuba pilih lipstick yang mempunyai undertone biru seperti ungu gelap, merah hati dan sebagainya.
Untuk mereka yang mempunyai undertone hangat pula, urat pada kawasan pergelangan tangan selalunya berwarna hijau. Anda juga lebih mudah mengalami sunburn.
Pilih lipstick yang berwarna oren atau copper seperti merah. Selalunya, gincu berwarna ini boleh membuatkan kulit wajah anda nampak lebih cerah dan ‘pop’!
Mereka yang mempunyai undertone hangat pula lebih sesuai menggayakan aksesori berwarna emas.
Untuk mereka yang mempunyai undertone yang neutral, cuba pilih gincu yang berwarna lebih cerah.
Untungnya mereka yang mempunyai kulit jenis ini, warna lipstick apapun sesuai untuk dipakai!
Malah, mereka juga sesuai memakai perhiasan berwarna emas dan juga silver!
3. Pilih warna lipstick ikut bentuk bibir
Jangan lupa, bentuk bibir juga penting.
- Bagi mereka yang mempunyai bibir tebal, cuba pakai gincu yang lebih gelap pada kawasan bibir yang lebih tebal.
- Mereka yang mempunyai bibir simetri pula boleh gunakan pensil untuk gariskan bibir sebelum memakai lipstick.
- Sekiranya bibir anda nipis, elakkan penggunaan warna yang terlalu terang dan gelap. Pakai lipstick yang berwarna nude.
Jadi, pastikan anda pilih gincu betul-betul sebelum beli. Taknaklah kecewa pada pagi raya kan?
Baca: 9 Gincu Lokal Ini Perlu Dimiliki Setiap Gadis di Malaysia!