Sekarang ni memang tengah kecoh di media sosial tentang isu Sajat kelihatan bertelekung dan berpurdah semasa dia menunaikan umrah di Mekah.
Seperti ramai yang ketahui, Sajat kini sedang tunaikan umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya di Mekah pun begitu ramai yang tak puas hati bila melihat gambar Sajat berpakaian seperti wanita di Mekah.
Ekoran dari itu, seorang penceramah, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah mengutarakan pendapatnya di Twitter mengenai isu ini. Menurutnya, sejurus selepas dia melihat isu ini, dia telah merujuk PA Datuk Mufti Wilayah untuk mendapatkan penjelasan.
PA Datuk Mufti berkata, mutawwif yang membawa rombongan keluarga Sajat ini telah pun menelefon pejabat mufti bagi mendapatkan pendapat mengenai Sajat.
Mufti juga telah menjelaskan, sekiranya orang seperti Sajat ingin ke Mekah, dia boleh saja membuat ibadah di sana namun dia perlu berpakaian dan beribadat seperti lelaki.
Pihak agensi yang membawa Sajat pula berkata, ketika proses perlepasan di lapangan terbang, usahawan yang sering cetuskan kontroversi ini telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan tapi bertukar identiti ketika dia tiba di Tanah Suci.
Seorang netizen juga telah kongsikan gambar Sajat di lapangan terbang sebelum mereka berlepas ke Mekah dan ternyata gambar tersebut memang menunjukkan Sajat mengenakan jubah lelaki.
Akhi Fairuz menerangkan, tujuan dia mengulas isu ini adalah kerana dia risau Sajat akan memberikan idea kepada orang lain untuk pergi ke Mekah dengan cara ini.
Tambah penceramah ini lagi, dia risau sekiranya isu Sajat berpakaian seperti wanita ini sampai ke pengetahuan kerajaan Arab Saudi dan menjadi isu lebih besar. Dia juga turut sertakan perkongsian sahabatnya di Facebook yang pernah melihat kes seperti ini semasa berada di Mekah.
Ada juga segelintir netizen yang risau sekiranya perbuatan Sajat ini diketahui oleh media luar negara dan menjadikan imej negara menjadi buruk tambah lagi, kalau Sajat masuk lokap gara-gara isu ini, mungkin kerajaan Arab Saudi akan ketatkan syarat-syarat untuk ke Mekah dan secara tak langsung akan menyusahkan orang lain.
Apa-apa pun kita doakanlah Sajat, keluarga dan rakan-rakannya mendapat hidayah Allah semasa berada di Mekah.