in

“Takut je muka” – [VIDEO] Lelaki Bawa Budak Kecil ‘Racing’ Kereta Dikecam Netizen

Ft Lelaki Dikecam Bawa Budak Racing

Tindakan seorang bapa membawa anak kecil untuk memandu kereta di tempat duduk sebelah telah mengundang kritikan netizen. Apa yang membuatkan ianya menjadi kecaman adalah, lelaki itu memandu dalam keadaan bahaya.

 

“Takut je muka” – Netizen

Dalam video yang berdurasi 25 saat itu, seorang lelaki sedang memandu kereta sambil ditemani oleh 2 orang kanak-kanak yang berkongsi tempat duduk di sebelahnya. Lelaki itu dilihat ‘menekan minyak’ dan kereta bergerak dengan laju sebelum kembali memperlahankan keretanya.

Menurut penjelasan dalam video tular yang telah meraih lebih 2,000 jumlah retweets dalam masa 2 jam itu,  lelaki tersebut mendakwa kanak-kanak itu sebenarnya teringin merasa duduk disebelahnya ketika memandu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki yang membawa kanak-kanak melakukan aktiviti orang dewasa itu menyebabkan netizen dapat rasakan menerusi riak wajah kanak-kanak itu seperti rasa gerun dengan kelajuan yang dibawa oleh lelaki tersebut.

Dalam pada itu,  ada juga netizen meminta agar pihak berkuasa pantau kejadian ini kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu.

Screenshot 2023 02 08 113131 Screenshot 2023 02 08 113149 Screenshot 2023 02 08 113255 Screenshot 2023 02 08 113315 Screenshot 2023 02 08 113334 Screenshot 2023 02 08 113350

Haihh, ada yang kongsi pengalaman dia trauma. Bukan nak minta benda yang tak elok, tapi sebaiknya, kalau nak tunaikan hajat kanak-kanak biarlah berpada-pada.

Baca : “Malukan Malaysia” – Drift Di Thailand Sampai ‘Accident’, Netizen Bengang Individu Cemarkan Nama Malaysia

Drift Kat Thailand