in

Takut Aib Sendiri Terbuka, Netizen Mohon Maaf Kerap Bergosip Tentang Ruhainies

Ruhainies Ramai Orang Minta Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon Ruhainies sejak akhir-akhir ini telah menjadi sebutan ramai dek kerana terpalit dengan kontroversi yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Meskipun menerima kecaman hebat netizen selepas pendedahan seorang wanita bernama Sarah Yasmine, Ruhainies nampaknya semakin positif selepas menerima beberapa ucapan di bahagian ‘Ask Me Questions’ di Instagram.


Artikel berkaitan: “Kata nak berdamai” – Tulis ‘LUSM’ Di Profile IG, Sarah Yasmine Tuduh Ruhainies Tak Tahu Malu

Artikel berkaitan: “No thanks!” – Ruhainies Ajak Berdamai, Sarah Yasmine ‘Block’ Di Media Sosial

“Saya betul-betul minta maaf sebab bergosip pasal awak” 

Menerusi perkongsian pelakon wanita ini di IG Story, terdapat segelintir netizen meninggalkan ucapan maaf di ruangan ‘Ask Me Questions’ yang mengatakan mereka menyesal bergosip tentang Ruhainies dan enggan mengata orang lain lagi kerana takut aib sendiri bakal terbuka suatu hari nanti.

Img 6437

Img 6440

Img 6432

Img 6441

Saya betul-betul minta maaf sebab bergosip pasal awak. Hari ini aib awak kena buka, esok mungkin hari kami. 

“Saya nak minta maaf sebab sepanjang isu awak, yelah normal la sebab selalu bergosip dengan kawan,” kata netizen.

Ruhainies walau bagaimanapun dilihat tenang menjawab ucapan-ucapan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka patut ‘move on’ daripada isu ini dan hanya mendoakan yang terbaik buat semua pihak.

It’s okay, let’s move on. Kita ada perkara yang lebih baik di hadapan. Saya dah tak fikir dan sekarang nak fokus untuk jadi happy dan buat orang sekeliling saya happy. Termasuk followers saya. Okey? 

“Mari kita doakan yang terbaik kepada satu sama lain dan semua pihak. Pwease? All love for YOU who are reading this,” tulis Ruhainies.

Snapinsta.app 426635052 2415613085493079 2758024994829476783 N 1080

Malah Ruhainies juga sempat menyentuh tentang aib menerusi jawapan di bawah,

Kadangkala kita dipandang baik bukan kerana kita benar-benar baik. TETAPI KERANA kasih sayang Allah yang menutup aib kita. 

“Saya doakan Allah memelihara dan menutup aib kita semua. InsyaAllah. Amin Amin,” katanya.

Banyak yang kita boleh ambik iktibar daripada kisah ini ya… Apa-apapun doa-doalah semoga isu ini cepat selesai. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.