Seorang pensyarah di India nekad untuk pulangkan semula gaji yang diterimanya gara-gara tiada diantara pelajarnya yang hadir ke kelas.
Lallan Kumar yang berkhidmat sebagai profesor pembantu Bahasa Hindi di Kolej Nitishwar, Bihar, India dilaporkan telah memulangkan gaji selama 33 bulan kepada majikannya itu.
Memetik laporan Lad Bible, Kumar berkata, walaupun dapat gaji tanpa bekerja adalah idaman sebahagian orang, beliau merasakan lebih murung dengan situasi itu. Beliau juga berhasrat untuk berpindah ke kolej lain sekiranya diberikan tawaran baharu.
Kumar juga menjelaskan, ketika pandemik dan kelas diadakan secara atas talian, hanya beberap orang pelajar sahaja yang hadir ke kelasnya.
Tegas Kumar, sekiranya beliau kekal mengambil gaji dengan tidak mengajar berlarutan sehingga 5 tahun, perkara itu seolah-oleh membunuh jiwanya yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Walau bagaimanapun, gaji Rs 23,80,000 (kira-kira RM132,800) yang dipulangkannya itu tidak diterima oleh majikannya.
Baca: Susah Cari Suami? Keluarga Lelaki Korang Boleh Beli Je Kat Pasar Ni