in

“Takkan tak mampu beli kondom?” – Suami Isteri Jadi Hamba Dadah, Ada 10 Anak & Paling Kecil Usia 2 Minggu

Anak Penagih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lapan beradik termasuk seorang bayi yang baru dilahirkan 2 minggu lepas berjaya diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka selepas ibu bapa mereka ditahan kerana disahkan positif dadah.


Pasangan suami isteri ditangkap dalam serbuan jam 8 malam di sebuah rumah di Bukit Rambai, Melaka dalam operasi yang diketuai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari IPD Melaka Tengah. Serbuan yang berakhir pada jam 9 malam itu juga dikatakan turut disertai anggota dari Balai Polis Batang Tiga dan sebuah NGO, Kelab Mencari Keberkatan (KMK).

Dadah1
sumber: sinar harian

Menurut Sinar Harian, pasangan yang ditangkap itu sebenarnya mempunyai 10 anak tetapi ketika serbuan dilakukan 2 anak mereka tiada di rumah.

Kesemua mereka terdiri daripada 10 beradik namun ketika serbuan itu dijalankan, dua lagi anak pasangan terbabit berusia 14 dan 17 tahun tiada di rumah.”

Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik berkata anak pasangan berusia 39 dan 42 tahun itu yang diselamatkan berusia antara 1 dan 15 tahun.

Dadah2
sumber: sinar harian

Lapan beradik yang diselamatkan itu dijadualkan untuk dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016 di institusi JKM.

Menurut KMK, mereka turut menerima aduan tentang keluarga itu daripada penduduk setempat yang berkata kesemua anak pasangan terbabit hidup serba daif dan tidak terurus.

Dadah3
sumber: sinar harian

Kata Pengerusi KMK, Azie Izhar, lapan beradik itu dilaporkan tidak bersekolah sejak awal tahun ini dan keluarga terbabit sering berpindah randah di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Lebih menyayat hati apabila mereka juga mendakwa sering makan nasi goreng kosong dengan garam malah anak yang kecil tidak diberikan susu seperti sepatutnya.”

Ibu mereka dikatakan tidak bekerja dan ayah pula bekerja sebagai penjual ikan.

Weh belum habis pantang kot, baru 2 minggu beranak dah cari dadah! Kesian anak-anak dorang…

Baca: Bapa Tak Guna! ‘Sumbat’ Pil Dadah Methamphetamine Pada Anak Umur 6 Tahun Untuk Kegunaan Sendiri!

A0Acdff7C9C7D90308F95De4E00Bacc2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.