in

“Takkan BNM tak tau?”- Wang Kertas Ringgit Malaysia (RM) Dibuat Guna Lemak Babi?

Featured 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai terkejut bila baca tajuk yang proses penghasilan wang kertas negara dipercayai menggunakan lemak babi.


Itu merupakan dakwaan seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi USM selepas memperoleh maklumat daripada pemain industri sendiri, lapor Malaysia Gazette.

“Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas. Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau tidak.

“Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang mereka guna lemak babi,”

Ringgit
Sumber: ibtimes

Perkara itu didedahkan Prof Dr Zhari dalam program Diskusi Isu-isu Syariah ‘Vaksin Menurut Islam’ di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Lebih mengejutkan katanya, dakwaan itu turut tersebar melalui media sosial baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkata pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan lanjut.

“Oleh kerana itu kita mendapatkan reaksi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekarang mereka kata sedang dikaji,”

Pada masa sama beliau turut menasihatkan supaya sampel wang kertas negara dihantar ke makmal untuk kajian lanjut memandangkan perkara sama pernah berlaku ke atas wang kertas dolar, Amerika Syarikat.

Lebih memeranjatkan keputusan kajian itu mendapati terdapat DNA babi dan kuman e-coli pada wang kertas tersebut.

 

Jangan macam-macam weh.

Baca : Kalau aku RM89 pun dah rasa mahal Baru 11 Tahun Tapi Produk Skincare Dah Cecah Ribuan Ringgit

Rm Babi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.