Isu mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah punca kenaikan mendadak kes Covid-19 di Malaysia ni masih tak reda lagi, malah Perdana Menteri TS Muhyiddin Yasin turut mengaku yang PRN tersebut adalah salah satu punca utama kenaikan kes.
Tapi, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James baru-baru ini mengatakan yang pandemik ini tak akan hentikan Sarawak dari menjalankan PRN ke-12 asalkan SOP yang ketat diamalkan, lapor Awani.
Ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand. Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat.”
Bila ditanya tentang kebimbangan rakyat jika negeri ini mengalami nasib yang sama dengan Sabah, TS James mengatakan yang PRN akan diteruskan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.“
Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan yang PRN Sarawak tetap akan berlaku kerana kerajaan Sarawak boleh mengawal penularan Covid-19 dengan efektif.
Ekoran dari kenyataan ini, ramai netizen meluahkan rasa takut lebih-lebih lagi selepas melihat peningkatan kes yang terlalu mendadak berlaku di Sabah.
Baca: [TERBARU] Selepas Sabah, Sarawak Pula Akan Adakan Pilihan Raya Negeri