in

“Tak tahu pun dia suka saya” – Guru Ditikam Ketika Tidur Oleh Pelajar, Hanya Sebab Jatuh Cinta

Feature Image Pembunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, guru adalah individu yang mendidik kita semasa di alam persekolahan. Kadang-kadang tu sampai tak terbalas jasa guru dalam mendidik anak bangsa.


Baru-baru ni, seorang guru yang pada ketika itu sedang tidur dirumahnya dikejutkan dengan tikaman di bahagian sebelah kanan dada oleh pelajarnya.

Menurut CNN Indonesia, kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam di rumah guru tersebut di Desa Poncosari, Kecamatan Srandakan, Bantul.

Guru yang dikenali sebagai Wening Pamuji Asih telah ditikam menggunakan pisau oleh seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah (SMA) di Srandakan, Bantul.

9A936Df0 4970 4683 A9B4 9C95B01D4B47 169
Sumber: cnn indonesia

Suspek dikatakan menggunakan motosikal untuk datang ke rumah mangsa.

Menurut polis, semasa kejadian, pintu hadapan rumah mangsa terbuka luas dan pada ketika itu mangsa sedang tidur di dalam bilik. Namun, bapa mertua mangsa sedang berada di ruang tamu sedang menonton television. Suspek dikatakan masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

“Suspek masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu belakang. Tapi pada masa tu, pintu belakang terkunci.”

“Mangsa memberitahu bahawa dia ditikam di bahagia dada belah kanan. Setelah itu suspek lari dan mengambil kain jemuran yang di gantung di belakang rumah.” katanya.

“Pura-pura tak tahu apa jadi”

Panik dengan apa yang berlaku, bapa mertua mangsa terus segera meminta tolong kepada jiran tetangga dan pada ketika itu juga suspek datang ke tempat kejadian berpura-pura seperti tidak tahu apa yang berlaku.

Namun, kedatangannya itu tidak di endahkan oleh orang ramai kerana mereka sibuk memberi bantuan kepada mangsa yang kena tikam.

Akibat takut melihat apa yang berlaku, suspek terus melarikan diri ke tempat lain. Namun begitu, dia tertinggal pisau yang digunakan untuk menikam dan juga telefon bimbitnya di tempat kejadian.

Kejadian ini kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis dan suspek yang pada ketika itu dirumahnya berjaya di tangkap.

Suspek dikatakan tinggal bersama makciknya dan tidak tinggal bersama-sama ibu bapanya. Oleh itu dia kurang di berikan perhatian.

“Ambil pisau dekat dapur rumah”

Polis juga mengatakan bahawa suspek menggunakan pisau yang dibawa dari rumahnya bagi melakukan jenayah tersebut.

“Dia bawa pisau dari rumahnya sendiri”

Guru itu ketika di tanya mengenai perkara ini, dia sendiri tidak mengetahui bahawa pelajarnya itu menyukainya dalam diam.

“Rupanya dalam diam dia suka saya” kata Wening.

Ada juga ye student yang macam ni? Kalau suka cikgu tu sekali pun, tak perlu lah sampai nak tikam dia. Tak memasal kena tikam.

 

Baca: “Kalau kena tikam, kenapa takda darah?” – Dakwa Dada Penyokong Indonesia Kena Tikam, MA Ini Tampil Cerita Situasi Sebenar

Feature Image Jawab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.