Tidak lama selepas tular video yang memaparkan seorang lelaki berlakon menjadi OKU bagi meletak kenderaan di petak khas bagi golongan kelainan upaya, tiba-tiba muncul pula satu video baru mempersenda golongan tersebut lagi.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, beberapa orang wanita yang berpakaian seperti penunggang basikal dilihat berlakon seperti orang kelainan upaya untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.
Melalui video itu juga turut kedengaran suara perakam dan rakan-rakannya bergelak ketawa dengan perlakuan tersebut.
“Tandas orang, tapi yang masuknya monyet”
Video tersebut telah menerima pelbagai komen kritikan netizen yang menyifatkan tindakan geng basikal tersebut tidak sensitif dan mempersenda golongan OKU.
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel juga menerusi Twitter sempat mengkritik sikap perakam video yang menurutnya seakan-akan ‘monyet’ kerana memerli golongan OKU.
Harap tak ada lagilah yang buat video sebegini. Sepatutnya kita sebagai orang awam patut lindungi dan cuba bantu golongan OKU dan bukannya mengejek mereka.