in

“Tak suka boleh blah!” – Gadis Kongsi Pengalaman Dipecat Lepas Persoal Tentang Waktu Bekerja

Dibuang Kerja 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, dunia pekerjaan ini sangat tidak dapat dijangka. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan persekitaran serta budaya sesebuah syarikat itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @tasax berkongsi pengalamannya dipecat dari sebuah kedai tudung online dan diberikan notis 24 jam hanya kerana mempersoalkan waktu bekerja.


Gadis yang dikenali sebagai Anusieah Tasya itu berkongsi dia telah menerima surat dibuang kerja daripada majikannya atas alasan cuba membuat provokasi dan menunjukkan sikap biadap terhadap majikan.

11

Malah ada salah seorang rakan sekerjanya turut dibuang kerja kerana ada berhubung dengan gadis tersebut.

22

Difahamkan, gadis berkenaan serta beberapa rakan lain mempersoalkan akta kerja yang baru dikuatkuasakan awal tahun ini di mana terdapat had bekerja selama 45 jam seminggu dan mereka yang bergaji bawah RM 4,000 serta bekerja lebih masa wajib dibayar lebih.

“Ramai lagi nak kerja dengan aku” 

Pertanyaan mereka itu kemudiannya dibalas dengan buruk, dalam tangkap layar group WhatsApp syarikat berkenaan individu yang dipercayai bos syarikat itu berkata pekerja-pekerjanya itu bekerja sambil lewa.

33

Malah, dia turut berkata kesabarannya dicabar kerana pekerjanya tidak mengikut arahan dan menyatakan itu haknya untuk membayar gaji setakat mana.

“And then, kami pun dibuang dari group macam itu sahaja tanpa sebarang penyelesaian atau bersemuka, beberapa jam kemudian dapat lah surat berhenti 24 jam dan kena block,” tulisnya.

Lalu, kelima-lima mereka membawa isu ini ke badan yang sepatutnya iaitu Pejabat Buruh, PERKESO serta pihak polis untuk membuat laporan.

Mereka berharap tiada individu lain yang senasib dengan mereka dan berpesan agar anak-anak muda di luar sana berhati-hati dalam memilih kerja.

Baca: Klinik Buat Report Polis, Kantoi Pekerja Guna MC Palsu Sampai Dapat Cuti Sakit 5 Hari

Ft Klinik Iltizan Fake Mc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.