Lain orang, lain caranya. Ada yang lepas dah buat salah sekali memang dah tak akan maafkan, ada yang sampai dah berkali-kali buat salah pun tetap bagi peluang.
Macam Khloe Kardashian, walaupun dah beberapa kali dicurangi oleh Tristan Thompson, dia kini bagi lagi peluang untuk ke entah berapa kali dekat bapa kepada anaknya ini, lapor People.
Tristan cuba sedaya upaya untuk buktikan yang dia bapa yang baik untuk anaknya, True.”
Khloe membuat keputusan untuk menyambung semula hubungannya dengan Tristan selepas dia menyambut ulang tahun ke-36 pada hujung minggu lalu.
Malah, sumber yang menghadiri parti Khloe ini juga turut memberitahu yang pasangan ini memang nampak sangat mesra masa majlis tersebut.
Ketika hari jadi Khloe, Tristan juga turut kongsikan gambar dia sekeluarga dengan kapsyen menyentuh hati di Instagram peribadinya.
Saya dah sedar yang awak datang dalam hidup saya untuk tunjuk macam mana nak jadi orang yang luar biasa. Saya bersyukur kerana awak menjadi wanita yang cantik dan penyayang untuk semua orang terutamanya kepada anak kita, True.”
Untuk korang yang tak tahu, Khloe telah putuskan hubungannya dengan Tristan lepas dapat tahu lelaki ni curang dengan kawan baik adiknya, Jordyn Woods.
Tapi sebelum ni, Tristan juga didakwa telah curang dengan Khloe semasa wanita ini sedang mengandungkan True. Beberapa video menunjukkan Tristan masuk ke hotel dengan perempuan lain telah tular menyebabkan Khloe terpaksa beranak lebih awal dari yang dijangkakan.
Pun begitu, hubungan Khloe dan Tristan kembali berbunga bila dorang menghabiskan banyak masa bersama ketika lockdown.
Harapnya Tristan ni memang betul-betul dah berubahlah…