in

Tak Senonoh, Lelaki Berpakaian ‘Maid Seksi’ Di Anime Fest Buat Ramai Bengang?

Collage 4

Minggu lepas, Comic Fiesta telah menganjurkan festival anime yang diberikan nama Anime Fest yang berlangsung selama lima hari di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Bagi peminat-peminat anime, memang dorang tak lepaskan peluang untuk pergi ke event ini dan ramai juga yang datang mengenakan costume anime kegemaran mereka.

Korang tengok je lah sendiri gambar-gambar di sekitar #Animefest2022 ni, memang comel dan kreatif habis tau!

Pun begitu, ada juga benda yang tak sedap dilihat ketika event ini berlangsung, sehinggakan peminat-peminat anime dan cosplayer sendiri anggap perkara ini telah mencemarkan nama komuniti.

Mana tidaknya, viral di media sosial bila seorang lelaki dilihat telah memakai costume orang gaji seksi sambil lehernya diletakkan rantai seperti anjing.

Tindakan ini telah dikecam ramai lebih-lebih lagi apabila acara ini dibuat di pusat membeli belah dan kanak-kanak bawah umur turut berada di sana. Yelah nama pun tempat awam.

Ini public event, jangan pose macam ni. Entahlah tak tahu nak cakap apa dah. Tak senonoh dan tak ada common sense langsung.

Cosplay Event dulu-dulu dekat Malaysia tak ada orang macam korang ni. Macam tak ada costume lain dah korang yang lelaki nak pakai?”

Fs2 Ic3Acaatycp 1

Dikatakan, penganjur acara juga telah pun memberikan garis panduan untuk sertai event ini dengan meminta untuk berpakaian sopan dan tak terlalu terdedah atau seksi.

Buruk nama komuniti weh. Nak pakai macam ni kau pergi lah kelab malam.”

Fs2 Ip Aiaatx61 1

Rata-rata netizen yang melihat gambar ini turut bersetuju dan merasakan tak patut berpakaian seperti ini lebih-lebih lagi lelaki.

Screenshot 2022 05 17 At 11.23.39 Am Down

Yelahtu, dekat tempat awam kenalah sopan bila berpakaian. Banyak lagi karakter lain yang boleh dipilih.

 

Baca: Sebab Minat Anime, Ayah Namakan Anak Naruto Uzumaki Namikaze

Ft Ayah Namakan Anak Naruto