in

“Tak sempat nak guna lama”- Trak Pikap Pemberian Anak Ditanam Bersama Keranda Lelaki Ini

F3 Tanam Pikap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata-kata harta tak boleh dibawa mati sering kali didengar, ia membawa erti bahawa kehidupan kita di alam sana selepas meninggal dunia tak boleh dibantu oleh harta walau sebanyak mana pun duit yang kita ada ketika hidup.

Namun, lelaki di Mexico ini pula telah dikebumikan bersama trak pikap miliknya baru-baru ini, lapor Mexico News Daily. Dia yang dikenali sebagai Adan Arana difahamkan meninggal dunia setelah menderita masalah kesihatan dua bulan sebelum itu.


Tanam Pikap Trak 2

 

Trak pikap itu pula telah dihadiahkan oleh anak lelakinya baru-baru ini, jadi keluarganya memutuskan untuk menanam kenderaan itu bersama keranda lelaki terbabit sebab dia dikatakan tak sempat untuk menggunakan trak itu dalam jangka masa yang lama.

Oleh itu, lelaki itu dan kenderaannya itu telah dikebumikan dalam perkuburan yang dalamnya lebih enam kaki sebab ia harus besar dan boleh memuatkan trak tersebut.

Tanam Pikap Trak 1

Mereka sekeluarga juga telah menggunakan khidmat kren untuk mengangkat trak tersebut dan memasukkannya ke dalam kubur manakala keranda lelaki itu diletakkan di bahagian belakang trak terbabit.

Namun, difahamkan juga, aktiviti mengebumikan lelaki itu bersama traknya tidak diketahui oleh pihak berkuasa di sana dan ada beberapa netizen yang mempersoalkan sama ada aktiviti seumpama itu dibenarkan atau tidak di negara terbabit.

Sumber: Mexico News Daily

Baca: “Itu permintaan si mati’- Keluarga Penuhi Permintaan Ayah Untuk Dikebumikan Bersama Kereta Kesayangan 

Tanam Pikap Trak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.